top of page
Search

PSS Sebagai Wadah Ilmu Ilmiah, Kesukanan, Kesenian, Kebudayaan & Kaunseling

  • PSSKedit
  • Apr 23, 2021
  • 1 min read

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pusat Sumber Sekolah sinonim sebagai lokasi di mana warga sekolah dapat membaca buku ilmiah, fiksyen mahupun bukan fiksyen. Walaubagaimanapun, seiring dengan suasana pembelajaran abad ke-21 yang kini semakin menitikberatkan keseimbangan perkembangan kognitif dan kemahiran daripada segi akademik, kesenian dan kebudayaan, Pusat Sumber sekolah mula berperanan sebagai pusat sehenti bagi aktiviti-aktiviti PdPc dan juga kelab dan persatuan.


Di SMK Datuk Patinggi Kedit, para guru dibenarkan, malah sangat digalakkan untuk menggunakan pusat sumber sebagai lokasi PdPc dan latihan bagi aktiviti ko-akademik dan aktiviti ko-kurikulum. Ini akan meningkatkan kredibiliti pusat sumber dan juga penggunaan sumber dapat dimaksimakan.


Berikut kami kongsikan beberapa gambar aktiviti PdPc, ko-akademik, ko-kurikulum serta bimbingan dan kaunseling yang telah diadakan di Pusat Sumber.


Persiapan pelajar untuk Pertandingan Nyanyian Solo (SM) 2019


PdPc Bahasa Inggeris (5Sains & 5A) 2019 : DIY Facial Scrub)


PdPc Bahasa Inggeris (5A) 2019 : Revisiting Captain Nobody


Ceramah Kesedaran Anti-Dadah & Ujian Air Kencing : Unit Bimbingan & Kaunseling (8 April 2019)


Besar impian kami untuk memperluaskan lagi penggunaan Pusat Sumber di sekolah ini agar dapat menghasilkan guru dan murid yang lebih seronok dan selesa dalam proses pembelajaran & pengajaran mereka.











 
 
 

Comments


©2019 by pssKedit. Proudly created with Wix.com

bottom of page