BENGKEL PEMASANGAN & LATIHAN PENGGUNAAN SISTEM S-Lib
- PSSKedit
- Sep 3, 2019
- 1 min read
Antara sasaran pengurusan PSS sekolah pada tahun ini adalah untuk menukar sistem pengautomasian manual kepada sistem digital dan elektronik. Alhamdulilah, PSS telah diperuntukkan RM5000.00 daripada dana PIBG sekolah untuk membeli sistem SLib dan juga untuk membeli hiasan/peralatan tambahan untuk kegunaan PSS.
Oleh itu, pada tarikh 11 April 2019 yang lalu, En Rahiman Ibrahim, pegawai daripada syarikat HDA Integrated Solution SDN BHD yang membekalkan perisian SLib telah datang untuk memberi bengkel tentang cara-cara pemasangan dan juga penggunaan sistem ini.
Bengkel ini juga dihadiri oleh Cikgu Rheitta Umairah (Guru PSS), Cikgu Lim Hua Lip (Guru Bestari), Cikgu Cylestine Liom (Guru Sains Komputer) dan Cik Imelda Rais (Pembantu Makmal Komputer).
Semoga dengan adanya sistem SLib ini, proses perekodan dan pengurusan PSS akan lebih lancar, terutamanya mulai tahun 2020.















Comments