Mesyuarat 1 Guru PSS bersama Pengawas PSS Sesi 2019/2020
- PSSKedit
- Sep 3, 2019
- 1 min read
Setelah berakhirnya proses pengubahsuaian, maka bermulalah tugas-tugas sebenar Pengawas PSS bagi sesi 2019/2020. Seramai 32 orang pelajar daripada kelas 4A dan 4B telah dipilih berdasarkan sikap dan kerajinan mereka sepanjang membantu dalam proses pengubahsuaian tempoh hari.
Dalam mesyuarat yang pertama ini, kami telah melakukan pemilihan AJK bagi Jawatankuasa Pengawas PSS 2019/2020. Selain itu, kami juga telah membincangkan beberapa aktiviti yang akan dapat menarik minat pelajar untuk lebih banyak membaca bahan berbahasa Inggeris, amnya. Antara aktiviti yang telah dicadangkan adalah seperti The Golden Ticket, Kuiz Malaysia Di Hati, Pertandingan Nyanyian (BI dan BM) dan juga Treasure Hunt.
Selepas mesyuarat tamat, Guru PSS telah meneruskan program dengan membuat latihan pengurusan peminjaman & pemulangan buku bersama Pengawas PSS. Para pengawas telah diajar mengenai jenis-jenis pinjaman buku, cara mengira tempoh pinjaman dan cara mengira jumlah denda yang perlu dibayar mengikut bilangan hari lewat, kehilangan buku dan sebagainya.
Setelah tamat, setiap pengawas PSS telah diberikan sijil lantikan rasmi yang telah ditandatangani oleh Pengetua, En Ujai anak Sambau.
Diharapkan agar para pengawas PSS dapat melaksanakan tugas dengan sejujurnya.



















Comments